|
|
|
Sambutan Hari Ulang Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-70 |
|
|
|
|
Monday, 20 May 2013 18:17 |

ARAU, 17 Mei 2013 - Sambutan Hari Keputeraan Ke-70 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kol Yang DiPertua RRD dan KPTD telah diadakan pada 16 dan 17 Mei 13 baru-baru ini. Sambutan penuh gilang gemilang ini dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang diketuai oleh Mej 'Izzat bin Abdullah disusuli dengan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis dan diakhiri dengan Majlis Santapan Negeri pada sebelah malamnya. Pengerusi Rejimen Renjer Diraja, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Isteri, Datin Hjh Noraihan bt Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan RRD turut hadir bagi meraikan hari keputeraan tersebut.
|
|
Read more...
|
|
Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara |
|
|
|
|
Thursday, 09 May 2013 06:13 |
|

KUCHING, 01 Mei 2013 - Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada pegawai dan anggota 1 Div dan PDRM yang terlibat dalam OPERASI DAULAT di Lahad Datu, Sabah. Beliau yang hadir merasmikan Program Membanteras Jenayah anjuran IPK Kuching turut menyatakan penghargaan kepada warga ATM dan PDRM di atas komitmen, pengorbanan dan kejayaan di dalam mempertahankan kedaulatan negara. Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima 1 Divisyen iaitu Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar antara penerima pingat dalam majlis tersebut.
|
|
Read more...
|
|
1 Divisyen Jalankan Tanggungawab |
|
|
|
|
Thursday, 09 May 2013 01:55 |
|

KUCHING, 30 April 2013 - Warga 1 Divisyen hari ini telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal bertempat di Kem Muara Tuang bagi Parlimen Kota Samarahan manakala Kem Penrissen bagi Parlimen Kuching. Proses pengundian telah bermula pada jam 0800 sehingga 1700 dengan dihadiri oleh anggota tentera dan keluarga.
|
|
Read more...
|
|
Undi Pos Di Kampung Tandou |
|
|
|
|
Wednesday, 08 May 2013 00:00 |
|

LAHAD DATU, 27 April 2013 - Warga tentera yang sedang menjalani OP DAULAT hari ini telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal pada hari ini bertempat di Mk Taktikal 21 RAMD, Kg Tanduo. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zain turut membuang undi di Kg Tanduo yang sebelum ini telah diceroboh oleh pengganas sulu. Turut mengundi Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato Seri Ahmad Kamarulzaman bin Badaruddin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar.
|
|
Read more...
|
|
Sumbangan Pakaian Untuk Warga Lahad Datu |
|
|
|
|
Tuesday, 07 May 2013 00:00 |
|

LAHAD DATU, 27 April 2013 - Panglima Angkatan Tentera,Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zain telah menyampaikan sumbangan pakaian kepada mangsa pencerobohan bertempat di Felda Sahabat, di sini. Majlis tersebut merupakan program anjuran ATM yang ternyata mendapat sambutan masyarakat setempat. Turut di hadir iaalah Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato Seri Ahmad Kamarulzaman bin Badaruddin, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Panglima 5 Briged, Brig Jen Datuk Ranjit Singh Ramday.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 65 |
Copyright © 2013 Portal Rasmi Rejimen Renjer DiRaja. All Rights Reserved.
Urusetia Rejimen Renjer Diraja, Jabatan Arah Infantri, Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur