Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 01 December 2010 02:48

LATAR BELAKANG

Tinta emas kelahiran Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja telah bermula apabila Tentera British telah menubuhkan sebuah pasukan infantri yang dikenali dengan 'THE SABAH RANGERS', pada 16 Sep 1963, bertempat di Kem NYASSA, ULU TIRAM, Johor. Pada asalnya batalion ini telah diwujudkan dengan dianggotai oleh 8 orang Pegawai British yang diterajui oleh Lt Col W.G WOOD MC, selaku Pegawai Memerintah. Batalion ini telah diletakkan di bawah“RANGERS GROUP HEADQUARTERS” yang mana bertanggungjawab di dalam aspek menyelaraskan polisi penubuhan dan latihan di antara Tentera British dan Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 1965.

`Nucleus’ pembentukan pasukan ini telah memperlihatkan penyerapan seramai 114 orang dari Anggota Tentera Persekutuan (Malaya) sementara perjawatan serta kekosongan yang lain telah dipenuhi oleh Pegawai-Pegawai, Pegawai Waren dan PTT dari kalangan Tentera British. Rangka penubuhan pertama adalah dengan mewujudkan Markas Pasukan (rangka), Kompeni Markas (anggota tadbir sahaja) dan Kompeni Rekrut. Pegawai-pegawai berikut merupakan barisan generasi pertama pasukan:

* Lt Kol W.G Wood MC - Devoishire and Dorset Regiment (D & D) Pegawai Memerintah.
* Major E.B Bailey - New Royal Anglican Regiment (2E. Aglican).
* Capt A.J Rose - Duke of Edinburghs Royal Regiment (DERR).
* Capt (QM) M.D Evanas - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt D.O Christie - (Cameronians) Ajutan.
* Lt R.J Dem Gainher - (Loyals).
* Lt R.B Whittde - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters).
* Lt R.B Porteous - Argylle and Sutherland Highlanders (A & SH).
* WOI J.E Stone - Worcestershire and Sherwood Foresters (Foresters) RSM.

PENGISIAN ANGGOTA

Batalion ini telah dipindahkan daripada Ulu Tiram ke Sungai Petani Kedah. Pada 22 Okt 1963, Kumpulan Pendahuluan telah bergerak ke “Training Depot Brigade of Gurkhas”, SUNGAI PETANI untuk mengambil alih Kem BAGHDAD LINE East. Pengisian keanggotaan bagi batalion ini bermula di Baghdad Line dimana tiga siri pengambilan rekrut telah dilatih disini seperti berikut:

* Pengambilan Siri Pertama. Pada 2 Nov 1963 seramai 120 orang rekrut daripada Negeri Sabah telah melapor ke pasukan. Pengambilan ini telah memulakan latihan asas rekrut selama 16 minggu bermula pada 11 Nov 1963. Daripada jumlah tersebut, 116 orang telah menamatkan latihan pada 29 Feb 1964. Perbarisan tamat latihan telah diadakan bersama dengan rekrut daripada 1 Renjer. Pegawai tabik hormat semasa perbarisan tersebut adalah Lt Gen Tunku Osman bin Mohd Jewa JMN selaku “Comd in Chief of all Federation Armed Forces”.

* Pasukan seterusnya secara berperingkat telah menguruskan sebanyak 4 lagi siri pengambilan untuk melengkapkan perjawatan pasukan.

PERTUKARAN NAMA BATALION

Pada 1 Feb 1965, nama pasukan ini THE SABAH RANGERS ataupun dikenali juga dengan 2nd RANGER BN telah dengan rasminya ditukarkan kepada bahasa Melayu kepada “BATALION KEDUA PASUKAN RENJER MALAYSIA”.

PENYERAHAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Pada 4 Okt 1965, bertempat di Kem SUVLA LINE, IPOH, Perak Kerajaan British telah dengan rasminya menyerahkan batalion ini kepada Kerajaan Malaysia. Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Mej Gen H.A Lascelles CBE, DSO (Major General, General Staff HQ FARELF) bagi pihak Kerajaan British kepada Mej Jen Hamid bin Bidin, Ketua Turus Tentera Darat yang mewakili Kerajaan Malaysia. Perbarisan tersebut telah dilaksanakan di atas padang bola.

LAMBANG DAN COGANKATA PASUKAN

Batalion ini menggunakan warna hijau tua yang membawa maksud sedia untuk berjuang. Majoriti daripada anggota pasukan ini adalah daripada anak negeri Sabah. Suku kaum yang majoriti di dalam pasukan ini adalah daripada kaum Kadazan. Pada 1 Jun 1969, cogan kata pasukan ini telah diistiharkan dengan rasminya dalam bahasa Kadazan iaitu “OSIOU OH KAMANANG” yang bermaksud“SIAPA BERANI MENANG (WHO DARES WIN)”.



PENGANUGERAHAN PANJI – PANJI REJIMEN

Batalion Kedua Rejimen Renjer telah dianugerahkan dengan Panji-panji Rejimen oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer pada 30 April 1980 bertempat di Stadium Larkin, Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Pegawai yang diberi penghargaan sebagai Pegawai Panji-panji adalah Lt M Nor Azman bin Mohd Yahya (3000871).

PERTUKARAN PANJI – PANJI REJIMEN

Setelah hampir 20 tahun mengharungi cabaran, mencurahkan tenaga dan berkerjasama membantu dalam pembangunan negara, panji-panji pasukan telah diusahakan pertukarannya dalam suatu perbarisan yang penuh bersejarah dan pengiktirafan pada 27 Nov 2000 bertempat di padang kawad Kem SYED PUTRA. Istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen ini telah disempurnakan oleh Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, DYMM Tuanku Raja Perlis. Ketua perbarisan selaku Pegawai Memerintah pasukan pada ketika itu adalah Lt Kol Zulkifli bin Mansor manakala Pegawai Panji-panji adalah Lt Annuar bin Abdullah dan SMR Perbarisan adalah PW 1 Ibrahim bin Abun.

LAGU PASUKAN

OSIOU OH KAMANANG dicipta oleh Kpl Johar bin Affandi dari Pl Tambor manakala liriknya ditulis oleh Sjn Rahman bin Mufti (KPA PENDIDIKAN) Jurulatih Pelajaran Pasukan pada 14 Feb 1986. Penciptaannya mengambil masa 3 bulan ketika itu 2 RRD berada di Kem Majidee, Johor Bharu. Sjn Rahman dan Kp Johar adalah anggota kugiran KING RANGER ketika itu, yang mana kugiran tersebut merupakan antara yang popular. Kedua-dua nya telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 1994 di Kem Syed Putera, Ipoh. Kini Kpl Johar bekerja di sebuah syarikat swasta dalam bidang muzik di Bintulu Sarawak. Sjn Rahman pula bekerja di RTM Seremban, Negeri Sembilan.

“OSIOU OH KAMANANG”

Cogan Kata 2 Renjer
Tabah hati Osiou Oh Kamanang
Taat Setia Kepada Raja
Itulah sumpahan Renjer kita

Amalkan rukun negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kami berjuang Terus Berjuang
Kepentingan Nusa dan Bangsa

Pahlawan Renjer Gagah Perkasa
Pantang undur menyerah kalah
Biar kita putih tulang
Jangan kita putih mata

Dari Barat hingga ke Timur
Kami menjaga negara
Pantang Maut Sebelum Ajal
Pasti kita akan berjaya.


Last Updated on Friday, 23 November 2012 10:01
 
Banner
Copyright © 2014 Portal Rasmi Rejimen Renjer DiRaja. All Rights Reserved.
Urusetia Rejimen Renjer Diraja, Jabatan Arah Infantri, Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur

Bancian

Nilai Laman Ini
 

Statistik

Pautan Luar